Orang-orang Tionghua serata dunia akan menyambut Pesta Musim Bunga hari ini. Ianya lebih dikenali sebagai Tahun Baru Cina di kalangan masyarakat yang berada di luar negara China. Tahun ini merupakan Tahun Arnab, simbol keempat di dalam kalendar masyarakat Tionghua. Sesungguhnya Tahun Arnab sudah pasti merupakan tahun yang dinanti-nantikan kerana sifat-sifat arnab yang sopan dan berhemah serta bijak bestari. Dipercayai orang yang lahir pada tahun ini biasanya adalah seorang yang cintakan kedamaian dan menjadi diplomat yang baik. Negara kita memerlukan ramai orang-orang yang mempunyai ciri-ciri tersebut kerana ianya berupaya memupuk perpaduan nasional melalui konsep 1Malaysia.
Bagi komuniti TBS Food Court (Medan Selera TBS), Tahun Arnab merupakan titik tolak bermulanya perjalanan pertama sebelum melangkah lebih jauh, di mana pada tahun ini jugalah, TBS Food Court mula beroperasi. Pengurusan TBS Food Court sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada para penyewa. Dan para penyewa pula sentiasa mengambil inisiatif memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengunjung-pengunjung samada dari segi layanan, kualiti makanan dan nilai terbaik untuk setiap sen yang dibelanjakan oleh pengunjung-pengunjung. Pengurusan & penyewa kiosk/gerai percaya sifat sopan, berhemah dan bijaksana merupakan asas penting dalam menarik pengunjung ke TBS Food Court dan sekaligus mengorak langkah ke arah kejayaan mereka.
Pihak pengurusan & para penyewa kiosk mengucapkan "GONG XI FA CAI" kepada semua masyarakat Tionghua. Moga Tahun Arnab ini akan membawa kemakmuran yang berterusan dan menghasil yang terbaik untuk semua.
Nantikan lebih banyak aktiviti dan promosi yang menarik dari kami.